Jumaat, Januari 16, 2009

Kepala babi diletak di dalam surau di Universiti Malaya

Apakah Motif Letak Kepala Babi Dalam Surau:


"KURANG 24 jam menjelang pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu esok, 17 Junuari masyarakat kampus Universiti Malay gempar dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di surau Akademi Islam dalam kampus universiti berkenaan.

Kejadian itu disedari oleh seorang mahasiswa yang hendak mengerjakan solat Subuh pagi tadi.

Kepala babi itu dibelah dua diletakkan atas bendera Parti Islam SeMalaysia (Pas) dengan tertulis perkataan PAS, Pro-M dan PMI.

Perkataan Pas itu dimaksudkan kepada parti Pas manakala Pro-M kepada golongan yang menamakan mereka Pro-Mahasiswa yang kini sedang bertarung dengan golongan Aspirasi dalam pilihan kampus yang kini sedang berlangsung.

Sementara perkataan PMI itu pula dimaksudkan kepada Persatuan Mahasiswa Islam, universiti berkenaan.

Perbuatan itu sungguh keji dan menunjukkan sikap tidak bertamadun. Ianya tentulah mencabar keimanan dan sensitiviti mahasiswa dan umat Islam seluruhnya kerana babi adalah haiwan jijik dan diharamkan oleh Islam apa lagi ianya diletakkan di atas surau tempat yang dianggap suci." Baca seterusnya di sini.


Berikut adalah kenyataan pihak pentadbiran Universiti Malaya kepada warga kampus:


"Dear Campus Community,

We regret to inform that an unfortunate incident occured earlier today.

At 5 a.m, 16th of January 2009 the remains of a pig's head was found in the surau of Academy of Islamic Studies (API).

The Management of University of Malaya (UM) strongly condems this despicable act aimed at creating disunity. Further investigations are being conducted and security on campus will be tightened.

We appeal to everyone to remain calm and provide full cooperation in this matter.

Thank You.

Associate Professor Dr. Kamila Ghazali
Director,
International Corporate Relations Office
On behalf of the Management of University of Malaya
************************************************
International & Corporate Relations Office (ICR)
Level 1, Chancellery Building
University of Malaya
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 603-7967 3273 / 3423 / 3575 / 3334
Fax: 603-7956 0027
E-mail: icr@um.edu.my
Website: www.um.edu.my"

10 ulasan:

  1. sangat melampau ni

    BalasPadam
  2. ni kerja giler mana nih?? melampau tahap Yahudi..

    BalasPadam
  3. ade je pihak2 bangang yg nk memecabelahkan melayu+islam..jgn mengalah islaammm..

    BalasPadam
  4. dis is the act of uncivilized malaysian graduans..what a shame...

    BalasPadam
  5. sgguh kuang ajaq!

    BalasPadam
  6. si pembuat serupa orang yang tak bertamadun...
    menghina sensitiviti umat islam....

    BalasPadam